Divisyen Ke-82 Airborne

Divisyen Ke-82
Divisyen Ke-82 Infantri
Divisyen Ke-82 Airborne
Lencana bahu lengan Divisyen Ke-82 Airborne
Aktif1917–1919, 1921–kini
Negara Amerika Syarikat
Cawangan Tentera Darat Amerika Syarikat
JenisInfantri ringan airborne
PerananSerangan hantaran udara
SaizDivisyen
Sebahagian daripada Kor XVIII Airborne
PangkalanFort Bragg, Carolina Utara, A.S.
Nama samaran"All American Division", "82nd Division", "Eighty Deuce", "America's Guard of Honor", "The 82nd"
Moto"All the way!", "Death from above"
Warna beret      Merun
Kawat"The All-American Soldier"
PertempuranPerang Dunia I
  • Pertempuran Saint-Mihiel
  • Penyerangan Meuse-Argonne

Perang Dunia II

Perang Dingin

Perang Global terhadap Terorisme

Laman webhttps://www.bragg.army.mil/index.php/units-tenants/82nd-airborne-division
Komander
PanglimaMJ James Mingus
Timbalan Panglima – OperasiBJ Christopher LaNeve
Timbalan Panglima – BantuanBJ Kosong
Timbalan Panglima – RancanganBrigedier UK Oliver Kingsbury
Ketua StafKolonel Brett Funck
Sarjan Mejar MarkasSarjan Mejar Markas Mi Arthur R. Burgoyne, Jr.
Komander
terkenal
Senarai penuh para komander
Tanda kebesaran
Insignia khusus unit Batalion Markas Divisyen
Lencana identiti khidmat Tempur
Bendera Divisyen

Divisyen Ke-82 Airborne adalah sebuah divisyen infantri airborne (hantaran udara) dalam Tentera Darat Amerika Syarikat, yang dikhususkan dalam operasi serangan payung terjun kedalam kawasan musuh dengan keperluan Jabatan Pertahanan A.S. untuk "bertindak balas terhadap kontinjensi krisis dimana sahaja di dunia dalam masa 18 jam." Berpangkalan di Fort Bragg, Carolina Utara, Divisyen Ke-82 Airborne adalah sebahagian daripada Kor XVIII Airborne. Divisyen Ke-82 Airborne adalah divisyen bergerak Tentera Darat A.S. yang paling strategik. Sesetengah wartawan telah melaporkan bahawa Airborne Ke-82 adalah divisyen infantri ringan terlatih yang terbaik di dunia. Baru-baru ini, Airborne Ke-82 telah menjalankan operasi di Iraq, menasihati dan membantu Angkatan Bersenjata Iraq.

Divisyen ini ditubuhkan, pada awalnya sebagai Divisyen Ke-82, dalam Tentera Nasional pada 15 Ogos 1917, sejurus selepas penyertaan Amerika dalam Perang Dunia I. Ia telah disusun pada 25 Ogos 1917, di Kem Gordon, Georgia dan kemudian berkhidmat dengan cemerlang di Barisan Barat pada bulan-bulan terakhir Perang Dunia I. Sejak anggota-anggota terawalnya datang dari kesemua 48 negeri, divisyen ini memperoleh nama samaran All-American, yang merupakan asas untuk lambang bahu lengan "AA" yang terkenal. Divisyen ini kemudian berkhidmat dalam Perang Dunia II dimana, pada Ogos 1942, ia telah dibentuk semula sebagai divisyen airborne pertama U.S. Army dan berjuang dalam banyak kempen semasa peperangan.

Perajurit terkenal divisyen termasuklah: Sarjan Alvin C. York; Jeneral James M. Gavin; Jeneral Tentera Darat Omar Bradley; Senator Strom Thurmond (Rejimen Ke-325 Glider Infantri dalam Perang Dunia II); Senator Jack Reed; penyanyi R&B Lou Rawls; pelakon William Windom; pelakon Dennis Franz; penyanyi muzik country Craig Morgan; bekas jurulatih bolasepak Universiti Syracuse Ben Schwartzwalder; pengkritik fesyen/koreografer Bruce Darnell; Yang Berhormat Patrick Murphy (Setiausaha Rendah Tentera Darat); Gabenor Louisiana John Bel Edwards; Jeneral "Henry" Hugh Shelton (Pengerusi Ketua-Ketua Turus Bersama dari tahun 1997 hingga 2001); Kolonel Chris Gibson, bekas komander Batalion Ke-2, Rejimen Ke-325 Infantri, dan kemudian komander Briged Ke-2 Combat Team divisyen, sekarang ahli Kongres New York; dan Mark T. Vande Hei, KOL (EN) (B), bekas ketua platun jurutera dalam 3/325 Infantri.