District Dawn

District Dawn ialah kumpulan rock Malaysia yang ditubuhkan pada Ogos 2023 melalui sesi larut malam di Angguk Studio.

Kumpulan ini terdiri daripada Vokalis/gitaris Gareth Lee, pemain gitar Gabriel Tan, pemain papan kekunci Athanasius Leong, pemain bass Shanice Chan dan pemain dram Yi Yang.

Selain itu, band ini menggunakan susunan koir dan orkestra. Muziknya adalah campuran rock alternatif dan rock progresif.

Album sulung Neon City Soul telah dikeluarkan pada penghujung tahun 2025 dan merupakan album konsep yang melihat masa depan dystopian.

Ia terbentang seperti sebuah cerpen, setiap lagu mengalir ke lagu seterusnya, mencerminkan keadaan emosi kota metropolis yang tidak dapat tidur.

Secara tema, ia memegang cermin retak kepada kehidupan moden: kerinduan, kekosongan, dan keselesaan yang meresahkan kehidupan separuh hayat.

Antara sorotan album ialah lagu seperti Your Show, Find Your Way Home dan Class Time.

Sebelum District Dawn, Gareth telah edarkan EP Last Station menguna nama Jay Ivanez manakala Gabriel telah menjadi ahli Bungalows Had Eyes.



Rencana berkaitan bahasa ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.