Disney XD (Antarabangsa)

Disney XD ialah suatu saluran TV kanak-kanak seluruh dunia menyasarkan lelaki muda, yang dimiliki oleh The Walt Disney Company. Saluran ini dahulu dikenali sebagai Toon Disney dan/atau Jetix di kebanyakan kawasan. Mengikut Gary Marsh, Presiden Hiburan untuk Disney Channel Seluruh Dunia, "XD" tiada makna dan dipilih kerana ia nampak "cool". Marsh menyatakan bahawa "huruf X digunakan untuk persatuan cool" dan bahawa "keindahannya dapat membuat penonton berpengajaran dengan segala sifat positif." "XD" di dalam logo Disney XD ditulis dengan muka taip Exablock, walau muka taip itu sulungan rasminya dilakukan beberapa bulan selepas saluran AS dilancarkan.

  • Disney XD Afrika, dilancarkan pada 12 Mei 2011
  • Disney XD Amerika Latin, dahulu Fox Kids dan Jetix Amerika Latin
  • Disney XD Amerika Syarikat, dahulu Toon Disney dan Jetix (Saluran utama untuk jenama)
  • Disney XD Belanda dan Belgium dahulu Fox Kids dan Jetix Belanda dan Belgium
  • Disney XD Croatia, dahulu Jetix Croatia
  • Disney XD Greece, dahulu KTV, Fox Kids dan Jetix Greece
  • Disney XD India, dahulu Toon Disney India
  • Disney XD Itali, dahulu Fox Kids dan Jetix Itali
  • Disney XD Jepun, dahulu Toon Disney Jepun
  • Disney XD Jerman, dahulu Fox Kids dan Jetix Jerman, juga menggantikan Toon Disney pada 15 April 2010
  • Disney XD Kanada, dilancarkan pada 1 Jun 2011
  • Disney XD Malaysia,telah dilancarkan pada 15 September 2012 dan ditamatkan siaran pada 1 Januari 2021.
  • Disney XD Perancis, dahulu Fox Kids dan Jetix Perancis
  • Disney XD Poland, dahulu Fox Kids and Jetix Poland
  • Disney XD Skandinavia, disiarkan ke Denmark, Finland, Norway, Sweden dan Timur Tengah, menggantikan kedua-dua Toon Disney Skandinavia dan Jetix Skandinavia, dahulu Fox Kids
  • Disney XD Serbia, dilancarkan pada 3 Oktober 2011
  • Disney XD Sepanyol, dahulu Fox Kids dan Jetix Sepanyol
  • Disney XD Turki, dahulu Fox Kids dan Jetix Turki
  • Disney XD United Kingdom dan Ireland, dahulu Fox Kids dan Jetix United Kingdom dan Ireland