Disney Jr. Amerika Latin
| Negara | Mexico Argentina Brazil Venezuela Colombia Peru Ecuador Chile |
|---|---|
| Kawasan penyiaran | Amerika Latin |
| Slogan | Sepanyol: Donde la magia comienza Portugis: Onde a magia começa ("Di mana magik bermula") |
| Ibu pejabat | Burbank, California Buenos Aires, Argentina Rio de Janiero, Brazil Bandaraya Mexico, Mexico Barquisimeto, Venezuela Medellin, Colombia Lima, Peru Quito, Ecuador Santiago, Chile |
| Pengaturcaraan | |
| Bahasa | Sepanyol Portugis (untuk Brazil) |
| Format gambar | 480i (SDTV) |
| Pemilikan | |
| Pemilik | The Walt Disney Company |
| Saluran saudara | Disney Channel Amerika Latin Disney XD Amerika Latin ESPN Amerika Latin |
| Sejarah | |
| Dilancarkan | 1 Jun 2008 (sebagai Playhouse Disney Channel) 1 April 2011 (sebagai Disney Junior) |
| Pautan | |
| Laman web | Disney Channel Latinoamérica Disney Channel América Latina |
Disney Junior Amerika Latin ialah suatu saluran televisyen kabel dan versi Disney Junior milik The Walt Disney Company, disiarkan ke Amerika Latin. Ia disiarkan dalam tiga suapan: Zon Utara, Zon Selatan dan Brazil. Ia dipasarkan kepada kanak-kanak prasekolah. Disney Junior diurus oleh Disney & ESPN Media Networks Latin America dan The Walt Disney Company Latin America, kedua-duanya daripada The Walt Disney Company. Ia dilancarkan pada 1 Jun 2008 sebagai Playhouse Disney Channel. Dahulu ia hanya merupakan blok rancangan pada pagi di Disney Channel Amerika Latin, di mana ia masih blok rancangan, sebagai Disney Junior en/no Disney Channel. Rancangan adalah sama dengan saluran Disney Junior dan blok Disney Junior on Disney Channel di Amerika Syarikat. Walau bagaimana, saluran ini juga menyiarkan rancangan bukan asli.
Pada 23 Disember, 2010 The Walt Disney Company Latin America mengumumkan bahawa saluran ini akan digantikan oleh Disney Junior pada 2011, dan pelancaran semula berlaku pada 1 April 2011.