Disney Branded Television

ABC Cable Networks Group, Inc.
Nama dagangDisney Branded Television
Nama dahulu
  • Walt Disney Entertainment, Inc. (1982–1983)
  • The Disney Channel, Inc. (1983–1997)
  • Disney Channel, Inc. (1997–2001)
  • ABC Cable Networks Group (2001–2005; dagangan)
  • Disney Channels Worldwide (2005–2020)
Jenis/bentuk sahAnak syarikat
IndustriHiburan
GenreKanak-kanak dan keluarga
Ditubuhkan15 Julai 1982 (1982-07-15)30 November 2019 (2019-11-30) (Zealand Baru)
30 April 2020 (2020-04-30) (Australia)
1 Mei 2020 (2020-05-01) (Itali)
1 Jun 2020 (2020-06-01) (Singapura)
1 Oktober 2020 (2020-10-01) (UK)
1 Januari 2021 (2021-01-01) (Malaysia)
PengasasAlan Wagner
Ibu pejabatBurbank, California, Amerika Syarikat
Bilangan lokasi37
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia (kecuali Cuba, Croatia, Serbia, Slovenia, Iran, Syria, Sudan, Mongolia, Korea Utara dan United Kingdom, Singapura dan Malaysia)
Tokoh pentingGary Marsh (Presiden, CCO)
PerkhidmatanKandungan televisyen
PemilikThe Walt Disney Company
Syarikat indukDisney General Entertainment Content
Pembahagian
Anak syarikatIt's a Laugh Productions
Tapak webwww.dgepress.com/disneychannel/
sunting · sunting di Wikidata
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info syarikat with unknown parameter "digantikan_oleh"

ABC Cable Networks Group, Inc., menjalankan perniagaan sebagai Disney Branded Television (dahulu Disney Channels Worldwide), ialah anak syarikat Disney General Entertainment Content (untuk unit A.S.) dan pembahagian Operasi Antarabangsa (unit antarabangsa) The Walt Disney Company. Disney Channels Worldwide memantau rangkaian televisyen Disney sehingga penyusunan segmen Walt Disney Direct-to-Consumer & International pada 14 Mac 2018, apabila syarikat itu disusun kepada dua.

Unit A.S. diketuai oleh Presiden/CCO Gary Marsh dan bertangungjawab untuk operasi kreatif rancangan asal Disney Channel, Disney XD, Disney Junior, dan Disney+. Selain itu, Disney Branded Television juga memiliki dan mengendalikan Disney Television Animation dan It's a Laugh Productions. Pengurusan kewangan rangkaian dipantau di Disney Media and Entertainment Distribution.

Unit antarabangsa mengendalikan pelbagai saluran TV berorientasikan kanak-kanak dan keluarga di seluruh dunia, termasuk kepelbagaian saluran TV A.S. termasuk Disney International HD, Dlife, dan Hungama TV.

Disney Channel asalnya ditubuhkan di Amerika Syarikat pada 1983 sebagai saluran premium dan telah beralih kepada perkhidmatan asas; selain itu, rancangan-rancangan Disney Channel juga berkembang ke peringkat antarabangsa dengan pelancaran pelbagai versi serantau saluran, dan juga perjanjian perlesenan rancangan yang dicapai bersama rangkaian televisyen yang tidak berkaitan dengan Disney Channel.

Nama korporat terdahulu syarikat ialah: Walt Disney Entertainment, Inc. (1982–1983), The Disney Channel, Inc. (1983–1997), Disney Channel, Inc. (1997–2001).