Diskografi P. Ramlee

P. Ramlee telah mengeluarkan album dalam bentuk piring hitam seperti format single play (SP), extended play (EP) dan long play (LP) yang sebahagian besarnya diterbitkan Parlophone-EMI. Sewaktu pembabitan awal dalam dunia nyanyian, beliau pernah merakamkan lagu bersama pasangan duet seperti Momo, Nona Asiah, Lena dan Rubiah. Selain itu, terdapat album P. Ramlee yang turut dikeluarkan dalam bentuk kaset dan CD yang dijadikan sebagai album kompilasi, rakaman ulang serta album bungkusan semula (repackaged album) dari pelbagai syarikat rakaman.