Diskografi Morning Musume
Rencana Utama : Morning Musume
| Diskografi Morning Musume | |
|---|---|
| Album studio | 14 |
| Album kompilasi | 5 |
| Album video | 28 |
| Video muzik | 50 |
| EP | 1 |
| Single | 63 |
| Album runut bunyi | 3 |
| Album penghargaan | 1 |
| Album Muzikal | 3 |
Diskografi dari kumpulan J-pop, Morning Musume yang mengandungi 13 buah album studio, lima album kompilasi dan lebih dari 50 buah album single. Sejak penubuhannya pada tahun 1997, anggota kumpulan ini kerap bertukar ganti dan terkini terdiri dari 10 anggota : Sayumi Michishige (ketua), Fukumura Mizuki, Ikuta Erina, Sayashi Riho, Suzuki Kanon, Iikubo Haruna, Ishida Ayumi, Sato Masaki, Kudou Haruka, dan Oda Sakura. Kumpulan ini ditubuhkan oleh vokalis kumpulan Sharam Q iaitu Tsunku, dimana beliau merupakan penulis lirik, komposer, dan produser kumpulan itu.
Bermula pada Januari 2007, syarikat dibawah label Taiwan, Forward Music secara rasminya memasarkan kesemua produk Morning Musume dalam versi Taiwan bersama seni kata bahasa cina. Pada Mac 2009, majoriti produk Morning Musume terdapat di Amerika Utara secara berbayar menerusi JapanFiles.