Diskografi Lovelyz
| Diskografi Lovelyz | |
|---|---|
Lovelyz pada 18 September 2017 | |
| Album studio | 2 |
| Album secara langsung | 4 |
| Album kompilasi | 1 |
| Video muzik | 16 |
| EP | 7 |
| Single | 15 |
| Penerbitan Semula | 2 |
| Album single | 1 |
Diskografi dari kumpulan wanita Korea Selatan Lovelyz terdiri dari dua album studio, empat album langsung, satu album kompilasi, dua album penerbitan semula, tujuh mini album dan lima belas single.
Lovelyz debut pada tahun 2014 dengan album studio Girls' Invasion yang kemudiannya dikeluarkan semula sebagai Hi~ pada tahun 2015. Enam bulan kemudian, mereka mengeluarkan album mini pertama, Lovelyz8 (2015) dan mengeluarkan album single Lovelinus, tiga bulan kemudian. Pada tahun 2016, Lovelyz hanya mengeluarkan album mini kedua mereka, A New Trilogy. Album studio kedua mereka, R U Ready? (2017) dikeluarkan semula sebagai Now, We (2017). Enam bulan kemudian, mereka mengeluarkan album mini ketiga, Fall in Lovelyz (2017). Lovelyz kembali dengan mengeluarkan album mini keempat bertajuk Heal pada tahun 2018. Tujuh bulan kemudian, mereka telah mengeluarkan album mini kelima Sanctuary. Pada tahun 2019 album mini keenam mereka One Upon a Time telah dikeluarkan. Setahun kemudian, album mini ketujuh mereka, Unforgettable dikeluarkan.