Diskografi Kim Jong-hyun
| Diskografi Jonghyun | |
|---|---|
Jonghyun di Festival Muzik Korea di Sokcho, pada Ogos 2015 | |
| Album studio | 1 |
| Album kompilasi | 2 |
| EP | 1 |
| Single | 7 |
| Kolaborasi | 3 |
| Penampilan runut bunyi | 6 |
| Muzik video | 6 |
Diskografi dari penyanyi Korea Selatan Kim Jong-hyun (lebih sering dikreditkan sebagai Jonghyun) terdiri dari satu album studio, dua album kompilasi, satu EP, tujuh single dan enam penampilan runut bunyi. Jonghyun mengeluarkan EP pertamanya, Base, pada 12 Januari 2015. album kompilasi pertamanya, berjudul Story Op.1, dikeluarkan pada 17 September 2015. Jonghyun mengeluarkan sebuah single kolaborasi bersama Heritage berjudul "Your Voice" pada 18 Maret 2016, untuk proyek Station. Pada 24 Mei 2016, beliau melancarkan album studio pertamanya, She Is, mengandungi 9 lagu. Pada 9 Diember 2016, beliau mengeluarkan lagu "Inspiration" untuk projek Station. Beliau kemudiannya melancarkan album kompilasi keduanya, berjudul Story Op.2, pada 24 April 2017.