Diskografi Gojira
| Diskografi Gojira | |
|---|---|
Gojira membuat persembahan di Rock im Park di Jerman pada 2017 | |
| Album studio | 7 |
| Album secara langsung | 3 |
| Album video | 3 |
| Video muzik | 17 |
| EP | 1 |
| Single | 11 |
| Album demo | 4 |
| Album skor filem | 1 |
Diskografi Gojira, sebuah kugiran heavy metal Perancis, terdiri daripada tujuh album studio, tiga album langsung, sebuah album skor filem (langsung), empat album demo, sebuah extended play (EP), sepuluh single, tujuh belas video muzik dan tiga album video .
Gojira ditubuhkan pada tahun 1996 dengan nama asalnya, 'Godzilla', oleh pemain gitar Joe Duplantier, adiknya, pemain dram Mario Duplantier, pemain gitar Christian Andreu, dan pemain bes Alexandre Cornillon. Jean-Michel Labadie menggantikan Cornillon pada tahun 1998. Godzilla mengeluarkan sebuah siri demo dari 1996 hingga 2000.
Kugiran ini mengubah nama mereka kepada Gojira atas dasar undang-undang pada tahun 2001, dan mengeluarkan album penuh pertama mereka, Terra Incognita, pada Mac 2001 melalui Gabriel Editions (diri mereka sendiri). Gojira kemudian menandatangani kontrak dengan Boycott Records untuk album studio kedua mereka, The Link, pada bulan April 2003, dan DVD langsung pertama mereka, The Link Alive, pada tahun 2004, yang juga dikeluarkan sebagai album langsung.
Pada September 2005, Gojira mengeluarkan album ketiga mereka, From Mars to Sirius melalui Mon Slip, yang kemudiannya dikeluarkan di seluruh dunia melalui Prosthetic Records . From Mars to Sirius ialah album pertama Gojira yang muncul di carta rekod mana-mana negara. Rekod itu debut pada No. 44 di Perancis. Ia kekal di carta selama tiga minggu. Selepas jelajah dunia (world tour) yang berpanjangan, kugiran ini mengeluarkan album keempat mereka The Way of All Flesh pada Oktober 2008, yang debut dan memuncak pada No. 138 di carta Billboard 200 di Amerika Syarikat, No. 25 di Finland dan No. 28 di Perancis.
Gojira memeterai kontrak dengan Roadrunner Records pada 2011 dan mengeluarkan album kelima mereka L'Enfant Sauvage, pada Jun 2012, bersama album/DVD/Blu-ray langsung kedua mereka , The Flesh Alive. L'Enfant Sauvage mencapai No. 34 pada carta Billboard 200 dan memasuki carta album 40 Teratas di enam negara Eropah. Pada tahun 2014, kugiran ini mengeluarkan CD/DVD langsung berjudul Les Enfants Sauvages. Album studio keenam Gojira, Magma, dikeluarkan pada Jun 2016. Album ini debut pada No. 24 di carta Billboard 200 Amerika Syarikat dan menduduki puncak carta Album Hard Rock Billboard selama seminggu. Album tersebut memasuki kedudukan 40 Teratas carta album di dua belas negara Eropah. Dalam tempoh lapan bulan, Magma memperoleh tonggak pencapaian 400,000 album terjual di seluruh dunia.
Album studio ketujuh kugiran ini, Fortitude, dikeluarkan pada bulan April 2021 di bawah Roadrunner Records, dan mengatasi penjualan dan kedudukan carta Magma. Album ini memasuki carta Billboard 200 Amerika Syarikat pada kedudukan ke-12 dan menduduki puncak carta Penjualan Album Tertinggi Billboard, mendahului kedudukan sembilan pengeluaran baru yang lain. Ia mendahului carta Album Rock Teratas dan carta Album Hard Rock Billboard (buat kali kedua selepas Magma). Dari aspek jualan album tulen, Fortitude adalah album terlaris di Amerika Syarikat pada minggu pertama pengeluarannya.