Disfagia
| Disfagia | |
|---|---|
| Saluran pencernaan, dengan esofagus ditanda merah | |
| Pengkhususan | Gastroenterologi, foniatrik |
| Gejala | Tidak boleh atau sukar menelan |
| Kerumitan | Aspirasi pulmonari, malnutrisi, kebuluran |
| Punca | Barah esofagus, esofagitis, barah perut, gangguan mental, alkoholisme, sindrom pemakanan semula, kebuluran, jangkitan, gastritis, malnutrisi |
| sunting | |
Disfagia ialah istilah teknikal bagi simptom perasaan sukar untuk menelan. Disfagia biasanya merupakan tanda-tanda bagi penyakit sebenar bagi esophagus, yang mungkin disebabkan penyakit refluks gastroesofagus, barah, penyakit tiroid, angin ahmar, atau beberapa penyakit lain.
Masalah ini biasanya di diagnosis berasaskan sejarah, di mana kesulitan untuk mula menelan mencadangkan angih ahmar atau penyakit neurologik yang lain, sementara Disfagia bahagian akhir menelan menunjukkan GERD, barah, atau beberapa keadaan perubatan lain. Esofagogastroduodenoskopi biasanya dijalankan sebagai penilaian pesakit dengan masalah Disfagia.