Dirham
Dirham (Arab: دِرهَم, bahasa Amazigh: ⴰⴷⵔⵉⵎ adreem) ialah unit matawang yang digunakan di seberapa negara, khususnya negara-negara Arab.
Nama unit ini datang daripada drakhma, suatu unit timbangan perak dan mata wang yang pernah wujud zaman Yunani Purba. Sukatan ini pula datang daripada perkataan bahasa Yunani δράσσομαι drássomai "saya genggam" (I grasp) atau lebih tepat lagi "segenggam" (As much as one can hold in the hand); yakni segenggam batang-batang tembaga atau perak bernilai iaitu obolos.