Dior

Christian Dior SE
Dinamakan sempenaChristian Dior 
Jenis/bentuk sahAwam
ISINFR0000130403 
IndustriBarangan mewah
Ditubuhkan16 Disember 1946 (1946-12-16)
PengasasChristian Dior
Ibu pejabat30 Avenue Montaigne, Paris, Perancis
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh penting
Bernard Arnault(Pengerusi)
Sidney Toledano(Naib Pengerusi & CEO)
Maria Grazia Chiuri(Pengarah Kreatif)
Kim Jones(Pengarah Kreatif)
Keluaran
  • Pakaian dan alas kaki
  • Kedai serbaguna
  • Barang khusus lain
Hasil 46,826 bilion (2018)
Pendapatan kendalian €9,875 bilion (2018)
Pendapatan bersih €2,574 bilion (2018)
Jumlah aset €77,271 bilion (2018)
Jumlah ekuiti €36,372 bilion (2018)
PemilikFinancière Agache, Agache 
Bilangan kakitangan84.981 (2018)
Pembahagian
  • Christian Dior Cosmetics
  • Dior Homme
  • Parfums Christian Dior
Anak syarikat
  • Christian Dior Couture
  • LVMH (42,36%)
Tapak webdior.com
sunting · sunting di Wikidata

Christian Dior SE (Perancis: [kʁistjɑ̃ djɔʁ]), juga dikenali sebagai Dior, ialah pengeluar barangan mewah Perancis yang dikendalikan dan diketuai oleh ahli perniagaan Perancis, Bernard Arnault, yang juga menerajui LVMH, pengeluar barang mewah terbesar di dunia. Dior sendiri memegang 42,36% saham dan 59,01% hak suara LVMH. Sidney Toledano telah menjadi CEO Dior sejak 1997.

Syarikat ini ditubuhkan pada 1946 oleh Christian Dior. Dior kini mereka dan menjual produk berasaskan kulit, aksesori fesyen, alas kaki, perhiasan, jam, wangian, kosmetik, dan produk penjagaan kulit, serta juga mempertahankan tradisinya sebagai pencipta haute-couture melalui pembahagian Christian Dior Couture. Jenama Christian Dior terutama digunakan untuk produk yang ditujukan pada wanita, sedangkan produk yang ditujukan untuk lelaki menggunakan jenama Dior Homme, sementara jenama Baby Dior digunakan untuk produk yang ditujukan untuk bayi dan kanak-kanak. Produk Dior dijual melalui kedainya di seluruh dunia, serta melalui atas talian.