Dionaea muscipula

Dionaea muscipula
Daun
CITES Appendix II (CITES)
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Eudikot
Order: Caryophyllales
Keluarga: Droseraceae
Genus: Dionaea
Sol. ex J.Ellis 1768
Spesies:
D. muscipula
Nama binomial
Dionaea muscipula
J.Ellis
Taburan
Sinonim
Senarai
    • Dionea Raf., ejaan lain
    • Dionaea corymbosa
      (Raf.) Steud. (1840)
    • Dionaea crinita
      Sol. (1990) as synonym
    • Dionaea dentata
      D'Amato (1998) nama diterbitkan tanpa gambaran
    • Dionaea heterodoxa
      D'Amato (1998) nom.nud.
    • Dionaea muscicapa
      St.Hil. (1824) sphalm.typogr.
    • Dionaea sensitiva
      Salisb. (1796)
    • Dionaea sessiliflora
      (Raf.) Steud. (1840)
    • Dionaea uniflora
      (Raf.) Steud. (1840)
    • Drosera corymbosa
      Raf. (1833)
    • Drosera sessiliflora
      Raf. (1833)
    • Drosera uniflora
      Raf. (1833)

Dionaea muscipula ialah spesies tumbuhan maging yang tumbuh asli di tanah-tanah lembap subtropika yang terletak di Carolina Utara dan Carolina Selatan, Pantai Timur Amerika Syarikat. Ia spesies tunggal dalam genus Dionaea yang berkait rapat dengan spesies Aldrovanda vesiculosa dan genus Drosera yang tergolong dalam keluarga Droseraceae.

Ia menangkap mangsa serangga dan labah-labah dengan struktur perangkap yang dibentuk pada hujung helai-helai daun tumbuhan ini yang mempunyai rerambut halus dan sensitif pada permukaan dalamnya. Apabila seekor serangga atau labah-labah merangkak atas daun pokok ini dan menyentuh rerambut halusnya, perangkap akan tertutup jika rerambut yang berlainan disentuh dalam masa dua puluh saat selepaa sentuhan yang pertama. Tujuan pemicu berganda dalam mekanisme ini ialah bagi mengelakkan tenaga dibazirkan dengan memerangkap objek yang tidak memiliki nilai zat makanan.