Dimer protein

Dalam biokimia, dimer protein ialah kompleks makromolekul atau multimer yang dibentuk oleh dua monomer protein, atau protein tunggal, yang biasanya tidak terikat secara kovalen. Banyak makromolekul seperti protein atau asid nukleik membentuk dimer. Perkataan dimer mempunyai akar yang bermaksud "dua bahagian", di- + -mer. Dimer protein ialah sejenis struktur kuaterner protein.

Protein homodimer dibentuk oleh dua proteins yang serupa, manakala protein heterodimer dibentuk oleh dua protein yang berbeza.

Kebanyakan dimer protein dalam biokimia tidak terikat dengan ikatan kovalen. Satu contoh heterodimer bukan kovalen ialah enzim transkiptase terbalik yang terdiri daripada dua rantai asid amino berbeza. Satu pengecualian ialah dimer yang berhubung dengan ikatan disulfida seperti protein homodimer NEMO.

Sesetengah protein memiliki domain khas untuk menjamin pendimeran (domain pendimeran) dan pengkhususan.

Reseptor kanabinoid bergandingan G mempunyai keupayaan untuk membentuk kedua-dua homo- dan heterodimer dengan beberapa jenis reseptor seperti reseptor mu-opioid, dopamina dan adenosina A2.