Di Mana Kan Ku Cari Ganti
| "Di Mana Kan Ku Cari Ganti" | ||||
|---|---|---|---|---|
| Single oleh P. Ramlee | ||||
| daripada album OST Ibu Mertuaku | ||||
| Dilancarkan | 1962 | |||
| Format | EP, Piring Hitam | |||
| Genre | R&B Pop | |||
| Panjang | 4 : 22 | |||
| Syarikat | Shaw Bros | |||
| Penulis | P. Ramlee | |||
| Penerbit | P. Ramlee | |||
| Kronologi single P. Ramlee | ||||
| ||||
| sunting · sunting di Wikidata | ||||
"Di Mana Kan Ku Cari Ganti" merupakan lagu yang dinyanyikan oleh P. Ramlee dan liriknya oleh S. Sudarmaji. Lagu ini telah ditampilkan pertama kali dalam filem Ibu Mertua-ku dan kemudian dalam filem 6 Jahanam.
Dalam filem Ibu Mertua-ku ia bermula dengan menunjukkan seorang pemuzik miskin Kassim Selamat (P. Ramlee) yang berkahwin dengan anak seorang kaya Sabariah Mansor (Sarimah). Ibu gadis tersebut menghalau mereka, dan atas desakan isterinya yang mahu berbaik dengan ibunya, Kassim bertukar kerja sebagai seorang buruh kasar. Apabila kehabisan wang, dan mengandung, Sabariah kembali ke rumah ibunya dan melahirkan anak.
Ibu Sabariah menghantar telegram palsu menyatakan Sabariah dan anaknya meninggal, menyebabkan Kassim Selamat menangis sehingga buta dan hidup merempat. Pada suatu hari, dia dilayan oleh satu keluarga yang anaknya baru kehilangan suami. Ketika janda itu tidur, Kassim Selamat menyanyikan lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti, kepada gadis tersebut dan kepada dirinya sendiri.
Dalam filem 6 Jahanam pula, lagu ini dijadikan sebagai muzik latar ketika Tantari (P. Ramlee), seorang saudagar, mengenangkan nasib isterinya Masmera yang mati akibat dibunuh oleh perompak Enam Jahanam. Tantari telah melakukan perjalanan dan berazam untuk menghapuskan perompak yang telah memusnahkan rumah tangganya itu.