Dianna Agron

Dianna Agron
Agron pada tahun 2014
Kelahiran
Dianna Elise Agron

(1986-04-30) 30 April 1986
PekerjaanPelakon, penyanyi, penari, pengarah video muzik
Tahun aktif2006–sekarang
Kerjaya muzik
GenreSoul, pop
Alat muzikSuara, gitar dan autoharp (en)
Kegiatan berkaitan
  • Glee
  • A House For Lions

Dianna Elise Agron (/ˈɡrɒn/; lahir April 30, 1986) ialah seorang pelakon, penyanyi, penari dan pengarah video muzik Amerika Syarikat. Agron membuat penampilan televisyen pertamanya sebagai Jessica Grant dalam CSI: NY pada tahun 2006. Dari tahun 2006 sehingga 2007, Agron mempunyai peranan berulang dalam Veronica Mars sebagai Jenny Budosh dan Heroes sebagai Debbie Marshall.

Pada tahun 2009, Agron dipilih untuk watak Quinn Fabray dalam siri Fox, Glee. Pada tahun 2011, Agron membintangi dalam filem The Hunters dan I Am Number Four. Kemudiannya pada tahun itu, sebuah filem konsert Glee ditayangkan bertajuk Glee: The 3D Concert Movie. Pada tahun 2013, Agron membintangi sebagai Belle Blake bersama-sama Robert De Niro, Michelle Pfeiffer dan Tommy Lee Jones dalam filem The Family.