Diana Penty
Diana Penty | |
|---|---|
Diana Penty mempromosikan Cocktail di Reliance Digital Store pada Julai 2012 | |
| Kelahiran | 2 November 1985 Mumbai, Maharashtra, India |
| Warganegara | India |
| Pekerjaan | Model, pelakon |
| Tahun aktif | 2005–kini |
Diana Penty (disebut [ɖaːjnaː peːnʈiː]; lahir 2 November 1985) ialah seorang peragawati dan pelakon wanita India yang muncul dalam filem-filem Bollywood. Pada tahun 2005, beliau memulakan kerjayanya sebagai peragawati sepenuh masa ketika beliau menyertai Elite Models India.
Beliau memulakan kerjaya lakonan dalam komedi romantik Cocktail karya Homi Adajania yang berjaya secara komersial bersama dengan Saif Ali Khan dan Deepika Padukone, dan menerima penghargaan bagi persembahannya.