Gambar rajah Venn
Diagram Venn atau diagram set adalah sejenis diagram yang menunjukkan semua kemungkinan hubungan logik dan hipotesis di antara sekelompok (set/himpunan/kumpulan) benda/objek. Sebagai sebahagian ilmu matematik, diagram Venn ini pertama kali diperkenalkan pada tahun 1880 oleh John Venn untuk menunjukkan hubungan sederhana dalam topik-topik dalam bidang logik, kebarangkalian, statistik, linguistik dan sains komputer.