Diablo III
| Diablo III | |
|---|---|
| Pembangun | Blizzard Entertainment |
| Penerbit | Blizzard Entertainment |
| Pengarah | Jay Wilson |
| Pengeluar | Alex Mayberry |
| Pereka bentuk |
|
| Pengatur cara | Jason Regier |
| Artis | Christian Lichtner |
| Penulis/pengarang | Chris Metzen |
| Penggubah | Russell Brower Derek Duke Edo Guidotti Laurence Juber Joseph Lawrence Glenn Stafford |
| Siri | Diablo |
| Pelantar | |
| Dilancarkan pada |
|
| Genre | Permainan video berperanan aksi, hack and slash |
| Mod | Permainan video berganda, pemain tunggal |
| Anugerah | |
| – D.I.C.E. Award - Role-Playing Game of the Year (en) (2013) | |
| Pautan luar | |
| Tapak sesawang | us.diablo3.blizzard.com… |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Diablo III ialah permainan aksi hack-and-slash dalam talian yang dilancarkan pada tahun 2012, yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Blizzard Entertainment sebagai ansuran ketiga dalam siri Diablo. Ia dirilis untuk Microsoft Windows dan OS X pada bulan Mei 2012, PlayStation 3 dan Xbox 360 pada bulan September 2013, PlayStation 4 dan Xbox One pada bulan Ogos 2014, dan Nintendo Switch pada bulan November 2018. Ceritanya berlatar belakang 20 tahun selepas peristiwa Diablo II, di mana pemain mengawal salah satu daripada tujuh kelas watak, iaitu Barbarian, Crusader, Demon Hunter, Monk, Necromancer, Witch Doctor, atau Wizard, dan diberi tugas untuk mengalahkan Diablo.
Pakej pengembangan, Reaper of Souls, telah dikeluarkan untuk PC dan Mac pada tahun 2014. Ia turut dikeluarkan untuk konsol sebagai sebahagian daripada versi Diablo III: Ultimate Evil Edition pada Ogos 2014. Pakej tambahan Rise of the Necromancer pula dikeluarkan untuk Windows, macOS, PlayStation 4, dan Xbox One pada Jun 2017. Diablo III: Eternal Collection, yang menggabungkan Reaper of Souls dan Rise of the Necromancer, turut dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan Xbox One pada Jun 2017, dan untuk Nintendo Switch pada November 2018.
Permainan ini menerima ulasan positif, walaupun terdapat kritikan terhadap ciri DRM yang sentiasa dihidupkan. Ia mencipta sejarah sebagai "permainan PC terlaris" dengan terjual lebih 3.5 juta salinan dalam 24 jam pertama selepas pelancarannya, dan seterusnya menjadi permainan PC terlaris pada tahun 2012 dengan menjual lebih 12 juta salinan. Pada Ogos 2015, jumlah penjualan telah meningkat kepada lebih 30 juta. Sekuelnya, Diablo IV, diumumkan pada tahun 2019 dan dikeluarkan pada 5 Jun 2023.