Dau

Dau ialah nama generik bagi jenis kapal layar tradisional yang mempunyai satu atau lebih tiang layar dengan kain lateen yang digunakan di Laut Merah dan Lautan Hindi. Secara tipikalnya, kapal-kapal ini mempunyai badan yang panjang dan nipis dan merupakan kapal dagang yang secara amnya digunakan bagi membawa barangan berat seperti buah-buahan, air tawar atau barangan lain di sepanjang pesisiran pantai Semenanjung Arab, Pakistan, India, Bangladesh dan Afrika Timur. Kapal dau kecil lazimnya mempunyai 12 anak kapal sementara yang besar mempunyai lebih kurang 30 anak kapal.

Nama dau (Arab: داو, rumi: daw) dijejak daripada perkataan daw dalam bahasa Swahili.