Dewan Undangan Negeri Sabah ke-15
Dewan Undangan Negeri Sabah ke-15 dianggotai oleh individu yang telah terpilih melalui pilihan raya negeri Sabah 2018 atau dilantik oleh kerajaan ke Dewan Undangan Negeri Sabah bagi sesi ke-15. Seramai 60 orang individu telah mendapat tempat dalam DUN hasil pilihan raya negeri, dan 5 orang individu telah dilantik. Tempoh khidmat ADUN Sabah ke-15 bermula pada 9 Mei 2018 sejurus selesainya pilihan raya negeri, dan dibubarkan pada 30 Julai 2020.