Dewan Masyarakat

Dewan Masyarakat
KategoriSosial, ekonomi, pendidikan & politik
KekerapanBulanan
PenerbitDewan Bahasa Dan Pustaka
Isu pertamaSeptember 1963
SyarikatDewan Bahasa Dan Pustaka
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Laman webdwnmasyarakat.dbp.my

Dewan Masyarakat merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu di Malaysia. Majalah ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka secara bulanan sejak September 1963. Di samping itu, ia menyasarkan pembaca daripada kalangan eksekutif dan profesional, pentadbir, pembuat dasar, pemimpin, usahawan, pendidik, pelajar menengah atas dan pengajian tinggi serta orang ramai. Majalah ini juga mengandungi 68 halaman bercetak.