Detroit Tigers

Detroit Tigers
Musim 2025 Detroit Tigers
Ditubuhkan pada 1894
Lencana topi
Gabungan liga utama
Seragam terkini
Nombor tidak digunakan
  • TC
  • 1
  • 2
  • 3
  • 5
  • 6
  • 11
  • 16
  • 23
  • 42
  • 47
Warna
  • Biru kelasi, jingga, putih
                  
Nama
  • Detroit Tigers (1901–kini)
Gelaran lain
  • The Bengals
  • The Motor City Kitties
Ballpark
  • Comerica Park (2000–kini)
  • Tiger Stadium (1912–1999
  • Burns Park (1901–1902)
  • Bennett Park (1896–1911)
  • Boulevard Park (1894–1895)
Kejuaraan Liga Utama
Kejuaraan Siri Dunia (4)
  • 1935
  • 1945
  • 1968
  • 1984
AL Pennant (11)
  • 1907
  • 1908
  • 1909
  • 1934
  • 1935
  • 1940
  • 1945
  • 1968
  • 1984
  • 2006
  • 2012
AL Central Kejuaraan Divisyen (4)
  • 2011
  • 2012
  • 2013
  • 2014
AL East Division titles (3)
  • 1972
  • 1984
  • 1987
Kemunculan Wild card (1)2006
Pejabat pengurusan
PemilikIlitch Holdings
PengurusA. J. Hinch
Pengurus BesarSam Menzin (sementara)
Presiden Operasi BesbalScott Harris

Detroit Tigers merupakan pasukan besbol profesional Amerika yang berpusat di Detroit. Tigers bertanding di Major League Baseball (MLB) sebagai anggota American League (AL) Central. Tigers merupakan salah satu daripada lapan pasukan asal AL dan ia ditubuhkan di Detroit sebagai anggota Western League pada tahun 1894. Tigers merupakan satu-satunya pasukan Western League yang masih berpusat di bandar asalnya. Pasukan ini juga masih menggunakan nama sama yang bertahan lama.

Sejak penubuhannya sebagai pasukan Major League pada tahun 1901, Tigers telah menjuarai empat kejuaraan Siri Dunia (1935, 1945, 1968 dan 1984), 11 kejuaraan pennant AL (1907, 1908, 1909, 1934, 1935, 1940, 1945, 1968, 1984, 2006, 2012) dan empat kejuaraan divisyen AL Central (2011, 2012, 2013 dan 2014). Tigers juga menjuarai gelaran divisyen pada tahun 1972, 1984 dan 1987 sebagai anggota AL East. Sejak tahun 2000, Tigers telah beraksi di gelanggang Comerica Park.

Tigers membina Bennett Park yang terletak di barat Downtown Detroit dan mula beraksi di sana pada tahun 1896. Pada tahun 1912, pasukan ini berpindah ke Navin Field, yang dibina di tapak lokasi yang sama. Stadium ini telah diperluaskan pada tahun 1938 dan dinamakan semula sebagai Briggs Stadium. Ia dinamakan lagi kepada Tiger Stadium pada 1961 dan Tigers kekal bermain di sana sehingga tahun 1999.

Dari tahun 1901 sehingga 2022, rekod menang-kalah Tigers secara keseluruhannya ialah 9,512–9,407. Peratus kemenangan terbaik yang pernah dilakar pasukan ini ialah pada catatan .656 pada 1934 sementara rekod terburuk pula ialah pada tahun 2003 iaitu dengan catatan .265.