Denel AH-2 Rooivalk

AH-2 Rooivalk
Helikopter Rooivalk diterbangkan semasa Pertunjukan Udara Ysterplaat pada 2006.
Peranan Helikopter penyerang
Pengeluar Denel Aerospace Systems
Penerbangan sulung 1990
Diperkenalkan 1999
Status Aktif
Pengguna utama Tentera Udara Afrika Selatan
Jumlah dibina 12 buah
Kos seunit AS$ 40 juta (anggaran)
Dibangunkan dari Aerospatiale Puma

Denel AH-2 Rooivalk (dahulunya didesignasikan sebagai CSH-2) merupakan sebuah helikopter penyerang yang dikeluarkan oleh Denel Aerospace Systems dari Afrika Selatan. Perkataan Rooivalk berasal dari Afrika yang bermaksud "Helang Kecil Merah".

Tentera Udara Afrika Selatan telah memesan 12 buah helikopter Rooivalk AH-2A, yang mana telah memasuki perkhidmatan bermula pada Julai 1999. Helikopter ini diterbangkan oleh Skuadron 16, Tentera Udara Afrika Selatan, yang berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Bloemspruit, berhampiran Bloemfontein.