Demam Zika

Demam Zika
Pengelasan dan sumber luaran
Ruam semasa jangkitan demam Zika
ICD-10U06.9 Code change from 21 December 2015
ICD-9066.3
Penafian perubatan

Demam Zika, juga dikenali sebagai penyakit virus Zika, merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus Zika. Simptomnya serupa dengan demam denggi. Kebanyakan daripada kes demam ini (60–80%) tidak menunjukkan simptom. Apabila ada simptom, ia biasanya termasuk demam, mata merah, sakit sendi, sakit kepala, dan ruam makulopapular. Secara amnya, simptom adalah tidak teruk dan berlanjutan selama kurang daripada tujuh hari. Setakat tahun 2015, kematian tidak berlaku semasa jangkitan awal. Jangkitan sudah dikaitkan dengan sindrom Guillain-Barré.