Debbie Reynolds
Debbie Reynolds | |
|---|---|
Reynolds in 1987 | |
| Kelahiran | Mary Frances Reynolds 1 April 1932 El Paso, Texas, U.S. |
| Meninggal dunia | 28 Disember 2016 (umur 84) Los Angeles, California, U.S. |
| Sebab kematian | Intracerebral hemorrhage |
| Dikebumikan | Forest Lawn Memorial Park, Hollywood Hills, U.S. |
| Pekerjaan | Pelakon, penyanyi, penari, ahli perniagaan |
| Tahun aktif | 1948–2016 |
| Pasangan | Eddie Fisher (k. 1955; c. 1959) Harry Karl (k. 1960; c. 1973) Richard Hamlett (k. 1984; c. 1996) |
| Saudara |
|
| Laman web rasmi | debbiereynolds |
Mary Frances "Debbie" Reynolds (1 April, 1932 - 28 Disember, 2016) merupakan seorang pelakon Amerika, penyanyi, ahli perniagaan, ahli sejarah filem, dan kemanusiaan. Beliau telah dicalonkan untuk Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Watak Baru ("Most Promising Newcomer") untuk watak beliau sebagai Helen Kane pada tahun 1950 filem Three Little Words, dan peranan utama beliau ialah memegang peranan utama sebagai Kathy Selden dalam filem Singing in the Rain (1952). Kejayaan-kejayaan lain termasuk filem The Affairs of Dobie Gillis (1953), filem Susan Slept Here (1954), Bundle of Joy (1956 pencalonan Golden Globe), filem The Catered Affair (1956 National Board of Review Best Supporting Actress Winner), dan filem Tammy and the Bachelor (1957), di mana persembahan lagu beliau Tammy mencapai nombor satu di carta muzik Billboard. Pada tahun 1959, beliau mengeluarkan album muzik pop pertama, bertajuk Debbie.