De Havilland Canada DHC-6 Twin Otter

DHC-6 Twin Otter
Peranan Pesawat utiliti
Pengeluar de Havilland Canada
Viking Air - (siri 400)
Penerbangan sulung 20 Mei 1965
Diperkenalkan 1966
Dikeluarkan 1965–1988, 2008-
Jumlah dibina 844 buah

DHC-6 Twin Otter ialah sebuah pesawat komersil paling berjaya dalam sejarah Kanada. Pembinaan pesawat bermula pada tahun 1964 dan penerbangan perdananya adalah pada 20 Mei, 1965. Kecekapan model menjadikannya popular dalam tempoh yang pendek berbanding dengan de Havilland Canada DHC-3 Otter. DHC-6 atau twin otter dikeluarkan dalam bentuk amfibia, ski atau bentuk am. Ia cukup popular untuk laluan yang terpisah daripada pembangunan, tanah tinggi dan pulau-pulau yang kecil dan jauh.