Dayangku Intan
Dayangku Intan | |
|---|---|
دايڠكو اينتن | |
| Kelahiran | Tunku Intan binti Tunku Abdul Hamid 29 April 1966 |
| Pekerjaan | Penyanyi, YouTuber, bekas Ahli politik |
| Pasangan | Rosman Yahil |
| Anak-anak | 4 |
| Hubungan | Tunku Ismail Tunku Yahaya (datuk) |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | Pop, Pop Rock, Balada |
| Alat muzik | Suara |
| Maklumat YouTube | |
| Saluran | |
Yang Mulia Tunku Intan Tunku Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Dayangku Intan (lahir 29 April 1966) merupakan seorang penyanyi dan ahli politik Malaysia. Dari kerjaya muziknya sekitar era 1980-an beliau terkenal dengan lagu 80-an "Semakin Rindu Semakin Sayang" kemudian pada 90-an "Berpaut Di Dahan Cinta", "Senandung Hari Raya Untukmu" dan dengan gandingannya bersama Jay Jay menerusi lagu "Kita Insan Biasa". Pada pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau bertanding di parlimen Pengerang mewakili PKR. Selepas Pakatan Rakyat dibubarkan pada 2015 beliau undur diri dari politik dan keluar dari PKR pada tahun 2018. Walau bagaimanapun, beliau telah menyertai Parti Islam Se-Malaysia sejak tahun 2023.