Davy Crockett

Davy Crockett
Davy Crockett portrait by Chester Harding (1834)
Member of the
U.S. House of Representatives
from Tennessee
Dalam jawatan
March 4, 1827 – March 4, 1831
Didahului olehAdam Rankin Alexander
Digantikan olehWilliam Fitzgerald
Kawasan pilihan rayaC
Dalam jawatan
March 4, 1833 – March 4, 1835
Didahului olehDistrict created
Digantikan olehAdam Huntsman
Kawasan pilihan rayaC
Member of the
Tennessee General Assembly
Dalam jawatan
1821–1825
Maklumat peribadi
Lahir
David Crockett

(1786-08-17)17 Ogos 1786
Limestone, Greene County, Tennessee (at that time, part of North Carolina), U.S.
Meninggal dunia6 Mac 1836(1836-03-06) (umur 49)
Alamo Mission, San Antonio, Republic of Texas
Parti politik
  • National Republican (Anti-Jacksonian)
  • Whig (after 1833)
Pasangan
  • Polly Finley (k. 1806; m. 1815)
  • Elizabeth Patton Crockett (k. 1815)
Anak6 including John Wesley Crockett
PekerjaanPioneer, soldier, politician
Tandatangan

David "Davy" Crockett (17 Ogos 1786 – 6 Mac 1836) ialah seorang wira rakyat, penghuni sempadan, askar dan politician berbangsa Amerika Syarikat pada abad ke-19. Beliau dikenali ramai dengan julukan “Raja Rantau Bebas” (bahasa Inggeris: King of the Wild Frontier. Beliau mewakili negeri Tennessee di Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, berjuang dalam Revolusi Texas, dan gugur di Pertempuran Alamo.

Crockett membesar di Tennessee Timur, di mana beliau mencipta nama sebagai pemburu dan tukang cerita. Setelah dinaik pangkat menjadi kolonel militia Kaunti Lawrence, Tennessee, beliau dipilih ke dalam dewan undangan negeri Tennessee pada tahun 1821. Pada tahun 1826, Crockett menyertai Dewan Perwakilan A.S. Crockett membangkang sekeras-kerasnya sebilangan besar dasar Presiden Andrew Jackson, khususnya Akta Pengusiran Indian. Kecaman Crockett terhadap dasar-dasar Jackson menyebabkan beliau tewas pada pilihan raya 1834 lalu berpindah Texas dengan perasaan marah sejurus selepas itu. Pada awal tahun 1836, Crockett berjuang dalam Revolusi Texas dan terkorban di Pertempuran Alamo pada bulan Mac.

Sewaktu hidup, Crockett menjadi terkenal dengan pertualangan hebat yang dilariskan oleh pementasan drama dan almanak. Selepas meninggal dunia, beliau masih dikenang kerana lagak-lagak muka tebal yang begitu luar biasa, terutamanya adaptasi filem dan televisyen pada abad ke-20, maka beliau menjadi salah seorang wira rakyat Amerika yang paling terkenal.