David Walliams
David Walliams | |
|---|---|
Walliams pada tahun 2014 | |
| Kelahiran | David Edward Williams 20 Ogos 1971 Wimbledon, London, England |
| Pusat pendidikan | Universiti Bristol |
| Pekerjaan |
|
| Tahun aktif | 1995–kini |
| Pasangan | Lara Stone (k. 2010; c. 2015) |
| Anak-anak | 1 |
| Laman web rasmi | worldofdavidwalliams |
David Edward Williams OBE (lahir 20 Ogos 1971), dikenali secara profesional sebagai David Walliams, merupakan seorang pelawak, pelakon, penulis, dan personaliti televisyen Inggeris. Beliau terkenal dengan karyanya bersama Matt Lucas dalam siri komedi lakaran BBC Little Britain (2003–2007) dan Come Fly With Me (2010–2011). Sejak 2012, Walliams telah menjadi juri dalam pertandingan rancangan bakat televisyen Britain's Got Talent di ITV . Beliau juga seorang penulis buku kanak-kanak, telah menjual lebih daripada 37 juta naskhah di seluruh dunia.
Walliams memainkan peranan sebagai Greville White dalam filem drama televisyen tahun 2007 berjudul Capturing Mary . Dari tahun 2013 hingga 2014, beliau telah menulis dan membintangi sitkom BBC One, Big School . Pada tahun 2015 pula, beliau telah membawa watak Tommy Beresford dalam siri drama BBC <i id="mwKQ">Partners in Crime</i>, dan menulis serta membintangi siri komedi mengenai dirinya sendiri iaitu Walliams & Friend. Walliams telah memenangi anugerah untuk Juri TV Terbaik bagi peranannya sebagai juri bagi rancangan Britain's Got Talent pada 2015, 2018 dan Anugerah Televisyen Kebangsaan 2020 .
Walliams telah mula menulis novel kanak-kanak pada tahun 2008 selepas menerima kontak dari penerbit HarperCollins . Buku beliau telah diterjemahkan ke dalam 53 bahasa, dan beliau digambarkan sebagai "pengarang kanak-kanak yang paling pesat berkembang di UK", dengan gaya sastera berbanding Roald Dahl . Beberapa buah bukunya telah diadapyasi ke dalam filem televisyen, antaranya <i id="mwPw">Mr Stink</i> (2012), <i id="mwQQ">Gangsta Granny</i> (2013) dan <i id="mwQw">Billionaire Boy</i> (2016).
Walliams dilantik sebagai Pegawai Perintah Empayar British (OBE) dalam Penghormatan Hari Lahir 2017 untuk perkhidmatan amal dan seni. Kerja amalnya termasuk berenang di Selat Inggeris, Selat Gibraltar dan Sungai Thames, mengumpul berjuta-juta pound untuk badan amal BBC Sport Relief .