David Chase

David Chase
Chase di kedutaan A.S. di Dublin, 2015
Kelahiran
David Henry Chase

(1945-08-22) 22 Ogos 1945
Mount Vernon, New York, A.S.
PendidikanUniversiti New York (BA)
Universiti Stanford (MA)
Pekerjaan
  • Screenwriter
  • showrunner
  • director
  • producer
Tahun aktif1974–kini
Terkenal keranaPencipta The Sopranos
PasanganDenise Kelly Chase
Anak-anak1

David Henry Chase (lahir 22 Ogos 1945) ialah seorang penulis, penerbit, dan pengarah Amerika Syarikat. Dia terkenal sebagai pencipta, ketua penulis dan penerbit eksekutif drama HBO The Sopranos, yang disiarkan selama enam musim dari 1999 hingga 2007. Chase juga telah menghasilkan dan menulis untuk rancangan seperti The Rockford Files, I'll Fly Away, dan Northern Exposure. Beliau mencipta siri asal Almost Grown yang disiarkan selama 10 episod pada 1988 dan 1989. Beliau telah memenangi tujuh Anugerah Emmy. Filem pertama Chase diterbitkan pada 2012 dengan Not Fade Away, diikuti oleh The Many Saints of Newark (2021), sebuah filem prekuel kepada siri TV The Sopranos.