Daun emas
Daun emas adalah emas yang telah dipukul lepernya menjadi kepingan nipis dan sering digunakan dalam proses penyepuhan. Ia datang dalam pelbagai karat dan warna, yang paling biasa digunakan adalah emas kuning 22-karat (emas tulen bernilai 24 karat). Daun emas kuning tulen terdiri daripada 91.7% emas tulen manakala emas yang berwarna seakan perak putih adalah kira-kira 50% emas tulen.