Daud al-Zahiri

Daud al-Zahiri
دَاوُد الظَّاهِرِيُّ
GelaranImām ahl al-Ẓāhir
Peribadi
Kelahiranc. 815
Kematianc. 883 or 884 (age approx. 68)
Baghdad, Khilafah Abbasiyah
AgamaIslam
WarganegaraParsi
Bandar kediamanQāshān berhampiran Aṣbahān
EraZaman Kegemilangan Islam
(Era Abbasiyah)
KawasanMesopotamia
Mazhab akidahSunnī
Mazhab fikahAhli Hadis/Ijtihad
AkidahAthari
Kecenderungan utamaFikah
Pemimpin Islam
Dipengaruhi oleh
  • Al-Syafii, Ahmad bin Hanbal, Ibn Kullab, Ishak Ibn Rahwayh, Abu Thawr, Yahya ibn Ma'in
Mempengaruhi
  • Niftawayh, Muhammad bin Dawud al-Zahiri, Tabari, Ruwaym, Abd Allah al-Qaysi, Ibn Hazm, Ibn Tumart
Paparan amaran: Page using Template:Infobox religious biography with unknown parameter "main interests"

Daud bin Ali bin Khalaf al-Zahiri (Arab: دَاوُدُ بنُ عَلِيِّ بنِ خَلَفٍ الظَّاهِرِيُّ; 815–883 M / 199–269 H) ialah seorang ulama Sunni, ahli fikah dan teologi semasa zaman Kegemilangan Islam, yang pakar dalam pengajian undang-undang Islam (syariah) dan bidang hermeneutika, periwayatan hadis, dan pensejarahan awal Islam. Dia ialah pengasas aliran mazhab Zahiri, aliran kelima dalam Ahli Sunah Waljamaah, yang bercirikan pengambilan tegas terhadap perkara zahir dan pergantungan kepada maksud zahir dalam al-Quran dan hadis; persepakatan (ijmak) Sahabat generasi awal, bagi sumber-sumber perundangan Islam (syariah); dan menolak kesimpulan analogi (qiyas) dan adat atau pengetahuan masyarakat tempatan (urf), yang digunakan oleh aliran mazhab fiqah yang lain. Dia diraikan, jika bukan kontroversi, sebagai seorang tokoh pada zamannya, menjadi rujukan dalam teks pensejarahan Islam sebagai "ulama pada zamannya."