Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour
| Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour | |
|---|---|
| Jelajah Asia oleh Siti Nurhaliza | |
| Lokasi | |
| Tempat |
|
| Tarikh mula | 21 Februari 2019 |
| Tarikh tamat | 16 Mac 2019 |
| Jumlah persembahan | 3 |
| Kehadiran |
|
| Belanjawan | RM 10 juta |
| Kronologi konsert Siti Nurhaliza | |
Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour ialah konsert jelajah Asia oleh penyanyi Dato' Sri Siti Nurhaliza. Konsert ini diadakan pada 21 Februari hingga 16 Mac 2019 bagi meraikan ulang tahun ke-24 penglibatan Siti di dunia seni suara tanah air. Dengan kos perbelanjaan yang dianggarkan kira-kira bernilai RM10 juta, Siti Nurhaliza On Tour diuar-uarkan sebagai konsert paling termahal dalam sejarah hiburan Malaysia. Siti bercadang untuk memulakan konsertnya di London yang dijadualkan pada bulan April.
Konsert ini ialah konsert secara langsung Siti yang pertama dalam tempoh tiga tahun sejak konsert Dato' Siti Nurhaliza & Friends yang diadakan pada 2016.