Dataran Pahlawan Melaka Megamall
| Dataran Pahlawan Melaka Megamall | |
|---|---|
| Maklumat umum | |
| Jenis | Pusat beli-belah |
| Lokasi | Bandar Hilir, Melaka, Malaysia |
| Alamat | Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka |
| Negara | Malaysia |
| Koordinat | 2°11′26.0″N 102°15′02.6″E / 2.190556°N 102.250722°E |
| Penyewa terkini | Padini Concept Store, Mac City, Golden Screen Cinemas, Charles & Keith, Royal Selangor, Brands Outlet, F.O.S., Urban Food Hall, KFC, Ms READ, Skechers, Uniqlo, Esprit, MNG, Terranova, Subway, Sakae Sushi, JOM Coffee, BBQ Plaza, Dragon-I, Souper Taang, Voir Gallery, Adidas, Cotton On, Black Canyon, Guardian, Watson, Wongkok Char Chan Teng, Aldo, Victoria Secret, SK Jewellery, Guess, G2000, Sub |
| Pembinaan bermula | 2006 |
| Disiapkan pada | 2006 |
| Pembukaan | 25 September 2006 |
| Dirasmikan pada | 2016 |
| Pemilik | Hatten Group Sdn Bhd |
| Pengurusan | Dataran Pahlawan Management Sdn Bhd |
| Butiran teknikal | |
| Keluasan tingkat | 1,500,000 sq. ft |
| Tapak web | |
| www.dataranpahlawan.com | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Dataran Pahlawan Melaka Megamall merupakan sebuah medan beli-belah yang terletak di Bandar Hilir, Melaka, Malaysia. Ia dibangunkan dan dimiliki Hatten Group Sdn. Bhd. di atas tapak seluas 7.7 hektar di Bandaraya Melaka, dan merupakan medan beli-belah gaya hidup terbesar di negeri itu. Medan beli-belah ini mempunyai keluasan kasar 1.5 juta kaki persegi dan keluasan runcit bersih 750,000 kaki persegi dan menempatkan jenama fesyen antarabangsa, kegemaran F & B tempatan dan antarabangsa, pusat hiburan, pawagam filem dan karaoke. Tanah yang medan beli-belah kini berdiri dahulu merupakan sebuah ruang hijau di tepi pantai yang bernama Padang Pahlawan, tempat pengumuman tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.