Alpha Jet

Alpha Jet
Sebuah Alpha Jet dari Tentera Udara Perancis
Peranan Pesawat serangan ringan dan latihan lanjut
National origin Perancis/Jerman
Pengeluar Dassault Aviation/Dornier Flugzeugwerke
Penerbangan sulung 26 Oktober 1973
Pengenalan 4 November 1977
Status Dalam perkhidmatan
Pengguna utamas Tentera Udara Perancis
Tentera Udara Nigeria
Tentera Udara Cameroon
Tentera Udara Diraja Thailand
Dikeluarkan 1973–1991
Jumlah dibina 480
Kos seunit
$4.5 juta (1978)

Dassault/Dornier Alpha Jet adalah sebuah pesawat serangan ringan dan latihan yang dikeluarkan secara bersama oleh Dassault Aviation dari Perancis dan Dornier Flugzeugwerke dari Jerman. Ia dibangunkan secara spesifik bagi peranan untuk melaksanakan misi-misi latihan dan serangan ringan. Dalam satu pertandingan di mana rekabentuk yang dihantar oleh sebuah pasukan yang terdiri daripada Breguet Aviation, Dassault Aviation, dan Dornier Flugzeugwerke, pada awalnya ditandai sebagai TA501, telah terpilih dan akhirnya dikeluarkan sebagai Alpha Jet.

Kedua-dua Tentera Udara Perancis dan Tentera Udara Jerman telah membeli Alpha Jet dalam jumlah yang besar, untuk dijadikan sebagai pesawat latihan utama dan kemudian diperanankan sebagai pelantar serangan ringan. Akibat dari pemotongan dana ketenteraan selepas tamatnya era Perang Dingin, Jerman memutuskan untuk menhentikan penggunaan armada Alpha Jet pada tahun 1990an dan menjual semula pesawat ini kepada pengguna tentera dan awam. Alpha Jet kemudian diterima masuk ke dalam sejumlah tentera udara di dunia serta terlibat dalam beberapa aksi pertempuran.