Darna

Darna


Penerbit Mango Comics
Kemunculan pertama Pilipino Komiks #77 (13 Mei 1950)
Dicipta oleh Mars Ravelo
Nestor Redondo
Statistik
Nama sebenar Narda
Status {{{status}}}
Kuasa terkenal *Menguasai "daya tarik Venus, kemuliaan Apollo dan kekuatan Samson".
  • Daya terbang
  • Kekuatan super
  • Kecepatan super
  • Daya tahan terhadap sihir
  • Regenerasi
  • Pengaruh cenayang
  • Kekebalan

Darna adalah watak fiksyen yang muncul dalam buku komik Adiwira filipina ciptaan penulis, Mars Ravelo dan artis Nestor Redondo. Dalam versi yang lebih populer, dia adalah prajurit dari planet lain yang telah meninggal dan mewujudkan dirinya melalui seorang gadis dari Bumi yang bernama Narda. Dia pertama kali muncul di Pilipino Komiks (Ace Publications, Inc) #77 (13 Mei 1950). Dengan kehadirannya yang berterusan dalam kesusasteraan dan seni, Darna telah digambarkan sebagai ikon budaya Filipina. Sepanjang tahun, dia telah disesuaikan dengan beberapa platform media, seperti filem, televisyen, drama dan permainan video.