Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia
| Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia | |
|---|---|
| Dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong | |
| Jenis | Perintah |
| Dizahirkan | 15 April 1966 |
| Negara | Malaysia |
| Reben | Jalur biru dan merah ditepi |
| Dianugerahkan untuk | Perkhidmatan cemerlang kepada negara |
| Status | Masih dikurniakan |
| Penganugerah | Yang di-Pertuan Agong |
| Gred | Seri Setia Mahkota / Panglima / Johan |
| Singkatan darjah | SSM / PSM / JSM |
| Perangkaan | |
| Pelantikan pertama | 1966 |
| Pelantikan terakhir | 2024 |
| Jumlah lantikan | 47 SSM 1,007 PSM 2,587 JSM 20 SSM (Kehormat) 123 PSM (Kehormat) 44 JSM (Kehormat) |
| Susunan keutamaan | |
| Lebih tinggi | Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara |
| Lebih rendah | Darjah Bakti |
| SSM / JSM PSM | |
| sunting ยท sunting di Wikidata | |
Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia ialah salah satu set darjah kebesaran negara di Malaysia. Ia anugerah kebesaran keempat tertinggi dalam senarai darjah kebesaran persekutuan Malaysia.
Ia dikeluarkan mengikut penetapan Statut Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia. Watikah penganugerahan ditandatangani oleh pendaftar darjah dan menteri darjah untuk memastikan ketulenan watikah yang dikeluarkan, sebelum ditandatangani Yang di-Pertuan Agong.
Darjah ini mempunyai tiga pangkat.