Danny DeVito

Danny DeVito
DeVito tahun 2013
Kelahiran
Daniel Michael DeVito Jr.

(1944-11-17) 17 November 1944
Neptune Township, New Jersey,
USA
Pekerjaan
Tahun aktif1970–kini
Ketinggian147 cm (4 ka 10 in)
PasanganRhea Perlman (k. 1982; c. 2017)
Anak-anak3 orang (termasuk Lucy DeVito)

Daniel Michael DeVito Jr. (lahir 17 November 1944) adalah pelakon, pelawak, pengarah, penerbit, dan penulis skrip Amerika Syarikat. Dia menjadi terkenal dalam lakonan siri televisyen Taxi (1978–1983) yang memenangkannya Anugerah-Anugerah Golden Globe dan Emmy serta sitkom It's Always Sunny in Philadelphia (sejak 2006). Beliau turut menerbitkan filem melalui suatu syarikat tubuhan sendiri tahun 1991 iaitu Jersey Films.

Penampilannya yang bertubuh pendek hasil suatu keadaan genetik jarang iaitu displasia epifisis pelbagai (penyakit Fairbank) yang menjejaskan tumbesaran tulang.