Daniella Sya
Daniella Sya | |
|---|---|
| Kelahiran | Daniella Sya Yeng Yeng 8 Ogos 1988 |
| Pekerjaan | Pelakon, model, pengacara, penyampai radio |
| Tahun aktif | 2004–kini |
| Ketinggian | 178 cm (5 ka 10 in) |
Daniella Sya Yeng Yeng (Bahasa Cina: 埃拉谢; pinyin: Xiè Yángyáng; lahir 8 Ogos 1988) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Memulakan kerjaya hiburan di Singapura, Sya muncul dalam beberapa kredit televisyen dan filem termasuk Love You You (2011) dan Keong Saik Street (2012). Beliau kembali ke Malaysia selepas sedekad membina nama di Kota Singa dan sejak itu telah membintangi beberapa drama TV dan filem.