Danelaw
Danelaw (/ˈdeɪnˌlɔː/, juga dikenali sebagai Danelagh; Bahasa Inggeris Tua: Dena lagu; Denmark: Danelagen), sepertimana yang direkodkan dalam Kisah Anglo-Saxon, adalah satu nama bersejarah yang diberikan pada sebahagian daripada England yang mana undang-undang Danes diguna pakai dan dikuatkuasakan ke atas penduduk Anglo-Saxons. Danelaw berbeza dengan undang-undang Saxon Barat dan undang-undang Mercia. Istilah ini pertama kali direkodkan pada awal kurun ke-11 dengan nama Dena lage. Para sejarawan moden juga memanjangkan penggunaan istilah ini untuk designasi geografi. Kawasan yang tertakluk dengan Danelaw terletak di bahagian utara dan timur England.