Dam (haji)
Dam dari segi bahasa bermaksud "darah". Dari segi istilah syarak pula, ia membawa maksud denda yang diwajibkan kerana melakukan perkara larangan semasa melakukan haji atau meninggalkan perkara yang diwajibkan.
Ibadat ini dilakukan dengan menyembelih binatang ternakan seperti lembu, unta ,kambing dan sebagainya atau gantiannya sama ada memberi makanan atau berpuasa.