Daiyan Trisha

Daiyan Trisha
Daiyan pada tahun 2015
Kelahiran
Daiyan Trisha binti Mohd Nasaruddin

(1993-12-22) 22 Disember 1993
PendidikanPerakaunan dan Perniagaan
Pusat pendidikan
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengacara, penggubah lagu, penulis
Tahun aktif2013–kini
Ketinggian1.64 m (5 ka ​4 58 in)
Kerjaya muzik
Genre
Alat muzikVokal
Kegiatan berkaitan

Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin (lahir 22 Disember 1993) ialah seorang penyanyi, penulis lagu, model, pelakon, penulis dan pengacara wanita Malaysia. Beliau mula mendapat perhatian meluas menerusi telefilem pertama lakonannya yang bertajuk Dee, dan sejak itu, beliau telah muncul dalam pelbagai kredit lakonannya dalam televisyen dan filem termasuk Sejuta Rasa Buat Adelia (2018) dan Busker (2018).

Bagi kerjayanya dalam bidang muzik, Daiyan telah merakamkan sejumlah lagu yang telah menjadi kejayaan komersial termasuk "Cinta Suka Sayang Kamu", "Kita Manusia" dan "If I". Beliau juga terkenal dengan lagu single dalam genre balada, "Penat", watak sebagai Aaida dalam Projek: Anchor SPM dan Mia dalam Projek: High Council. Daiyan ialah seorang ikon milenial muda yang sangat berpengaruh di kalangan generasi muda dan juga ialah seorang duta bagi pelbagai jenama, termasuk Samsung. Daiyan telah menerbitkan buku beliau sendiri yang bertajuk Tulisan pada 26 Ogos 2023.