Dahlia

Dahlia
Sekuntum bunga sarang tebuan.
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Eudikot
Klad: Asterid
Order: Asterales
Keluarga: Asteraceae
Subkeluarga: Asteroideae
Tribus: Coreopsideae
Genus: Dahlia
Cav.
Spesies jenis
Dahlia pinnata
Cav.
Ceraian
  • Dahlia
  • Entemophyllon
  • Epiphytum
  • Pseudodendron
Sinonim nom. illeg.

Georgina Willd.

Dahlia atau bunga sarang tebuan ialah jenis bunga dan genus tumbuhan saka dan herba berumbi dalam keluarga dikotiledon Asteraceae yang tumbuh asli di Mexico dan Amerika Tengah. Ahli sekebunnya termasuklah bunga matahari, daisi, kekwa dan zinnia. Terdapat 49 spesies dalam genus ini termasuk kacukan yang selalu ditanam sebagai hiasan kebun.

Bunga dahlia diisytiharkan sebagai bunga kebangsaan Mexico pada 1963. Umbinya ditanam sebagai tanaman makanan oleh orang Aztek, tetapi pengetahuan ini banyak menghilang selepas Penaklukan Sepanyol. Di Eropah, cubaan memperkenalkan umbi dahlia sebagai tanaman makanan tidak berjaya.