Nargis

Nargis / Narjis
Dafodil
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Asparagales
Keluarga:
Amaryllidaceae
Genus:
Narcissus

Subgenus, Spesies, Subspesies

Lihat teks.

Nargis (Jawi: نرݢيس), narjis (Jawi: نرجس‎), narsis atau dafodil ialah jenis bunga sebarang spesies yang tergolong dalam genus tumbuhan Narcissus famili Amaryllidaceae bertumpu awal di semenanjung Iberia menyebar asal serata kawasan Mediterannean Eropah, Afrika Utara dan Asia.

Pengiraan spesies yang digolongkan dalam genus ini berbeza mengikut takrifan badan tertentu; setakat September 2014, Senarai Semakan Keluarga Tumbuhan Terpilih mendaftarkan sebanyak 52 spesies ditambahkan bersama sekurang-kurangnya 60 spesies kacukan manakala Persatuan Hortikultur Diraja British menyenaraikan 81 jenis pada Oktober tahun sama.