Daerah di Slovakia
Daerah-daerah di Slovakia ditadbir dibawah sebuah unit pentadbiran yang dikenali sebagai okres dalam bahasa Slovak. Ia adalah unit pentadbiran wilayah peringkat kedua, di bawah Negeri (kraje), dan di atas Perbandaran (obec). Setiap daerah mengandungi beberapa perbandaran paling kurangnya.
Bandaraya Bratislava dan Košice merupakan satu-satunya bandar di Slovakia yang dibahagikan kepada daerah bandaran dalaman, dengan lima daerah di Bratislava dan empat di Košice. Daerah bandaran ini pula dibahagikan lagi kepada kawasan kejiranan yang lebih kecil yang berfungsi sama dengan perbandaran dalam daerah biasa.
Semua daerah lain adalah lebih besar saiznya dan juga termasuk kawasan luar bandar, serta perbandaran luar bandar dan bandar. Setiap daerah ini mempunyai pusat bandar yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran daerah yang biasanya ialah bandar terbesar (atau satu-satunya bandar) dalam daerah tersebut. Perbandaran luar bandar tidak dibenarkan dalam pentadbiran untuk menjadi pusat pentadbiran daerah.