Daerah Kota Marudu
Daerah Kota Marudu | |
|---|---|
Peta daerah Kota Marudu | |
Jata | |
| Etimologi: Kata "Marudu" berasal dari bahasa Bajau-Suluk atau Bannaran, "Mairudu" atau "Maiuludu" yang bermaksud "kedudukan di situ-situ juga" dalam bahasa Melayu. | |
| Negara | Malaysia |
| Negeri | Sabah |
| Bahagian | Kudat |
| Pusat pentadbiran | Kota Marudu |
| Pentadbiran | |
| • Badan | Majlis Daerah Kota Marudu |
| • Pegawai Daerah | Meirin Sugara |
| Keluasan | |
| • Jumlah | 1,917 km2 (740 batu persegi) |
| Penduduk (2020) | |
| • Jumlah | 69,528 |
| • Kepadatan | 36/km2 (94/batu persegi) |
| Zon waktu | GMT +08:00 |
| Nombor plat | SK |
| Laman sesawang | pdkotamarudu |
Kota Marudu merupakan sebuah daerah di Bahagian Kudat, utara negeri Sabah, Malaysia.
Daerah ini menjadi tempat tinggal kepada hampir 70 ribu orang di Sabah pada tahun 2020. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Pekan Kota Marudu. Antara pekan lain yang berada dalam daerah ini termasuklah Pekan Tandek, Pekan Langkon dan Pekan Goshen. Dahulunya daerah ini pernah juga dikenali dengan nama 'Bandau'.