Daerah Dalat
Dalat دالت | |
|---|---|
Pemandangan udara sekitar Dalat | |
| Cogan kata: Berakar Rumbia, Berinti Budaya | |
Dalat دالت | |
| Koordinat: 2°44′20″N 111°56′19″E / 2.73889°N 111.93861°E | |
| Negara | Malaysia |
| Negeri | Sarawak |
| Bahagian | Mukah |
| Pusat pentadbiran | Dalat |
| PBT | Majlis Daerah Dalat dan Mukah |
| Pentadbiran | |
| • Pegawai daerah | Kueh Lei Poh |
| Keluasan | |
| • Jumlah | 905.29 km2 (349.53 batu persegi) |
| Aras | 40 m (130 ft) |
| Penduduk (2020) | |
| • Jumlah | 21,147 |
| • Kepadatan | 23/km2 (61/batu persegi) |
| Zon waktu | UTC+8 (MST) |
| Poskod | 96300 |
| Daerah kecil | Oya |
| Pekan | Dalat, Oya dan Sungai Kut |
Dalat ialah sebuah daerah yang terletak di bawah pentadbiran Bahagian Mukah, wilayah Sarawak, Malaysia. Daerah ini meliputi kawasan dari Kampung Penat ke Oya dan dari muara Sungai Kut ke Ulu Baoh. Daerah ini memiliki keluasan sebanyak 905.29 kilometer persegi dan jumlah penduduk seramai 21,147 orang pada tahun 2020. Daerah ini juga mempunyai satu daerah kecil, iaitu Oya.
Waktu piawai yang digunakan di Daerah Dalat ialah Waktu Piawai Malaysia dengan lapan jam lebih awal dari Waktu Universal Selaras (UTC). Iklim di kawasan ini ialah iklim khatulistiwa (Af). Purata suhu 23°C. Bulan yang paling panas pada bulan Oktober, 24°C dan Januari yang paling sejuk, 21°C. Purata hujan adalah 4,359 milimeter per tahun.