Daddy Yankee
Ramón Luis Ayala Rodríguez (lahir 3 Februari 1977), lebih dikenali dengan nama panggungnya, Daddy Yankee, ialah seorang penyanyi, penulis lagu, pelakon, rapper, dan penerbit Puerto Rico. Ayala dilahirkan di Río Piedras, Puerto Rico, dan dibesarkan di dalam kawasan Projek Perumahan Villa Kennedy. Menurut New York Times, beliau dikenali sebagai "Raja Reggaetón" oleh pengkritik dan peminat muzik.